
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE BAZAR RAMADAN & PIKNIK IFTAR @ UM ✨🌙
Warga kampus dan pengunjung sekalian! Bazar Ramadan @UM akhirnya akan beroperasi dari 23 Feb-13 Mac 2026 bertempat di Parkir Hadapan DTC, UM! 🎉
Jom singgah gerai dan booth yang menyajikan pelbagai seksyen. Dari nasi kukus, nasi arab, nasi daging, ayam gunting, lauk campur, air balang, Luckin Coffee dan macam-macam lagi ke barang keperluan Ramadan & Syawal serta perkhidmatan dari Perodua & kaunter Zakat. Bukan setakat sedap, tapi harga mesra student dan keluarga! 😋
Bukan saja bazar yang ada, kita juga membuka Dataran Dewan Tunku Canselor UM untuk aktiviti Piknik Iftar. Jomlah hadir sambil eratkan silaturahim sesama warga UM 🥰
📅 Tarikh: 23 Februari – 13 Mac 2026
⏰ Masa: 12.00 tengahari – 8.00 Malam
📍 Lokasi: Parkir Hadapan DTC UM (Lokasi Bazar) & Dataran DTC UM (Lokasi Piknik Iftar)
Jangan lupa bawa bekas sendiri juga untuk kita kurangkan penggunaan plastik. ♻️
